11 langkah kerja.
1 trail yang tak boleh diponteng.
WorkTrace tukar sebut harga, kelulusan, kerja, invois dan bayaran anda daripada bertaburan dalam WhatsApp — kepada satu sistem yang dikunci ikut turutan. Tiada invois tanpa kelulusan. Tiada “dia kata dia tak setuju”.
Ahmad — Pelanggan
dalam talian
Salam Encik, ini sebut harga servis aircond unit anda 👇
Sebut Harga
QUO-0142
Tiada log masuk diperlukan — pelanggan lulus terus dari pautan.
Bunyi macam biasa?
WhatsApp bukan sistem perniagaan. Tapi itulah yang kita semua guna.
47 mesej
hilang dalam satu thread WhatsApp
Harga, tarikh, dan “ok proceed” pelanggan bertaburan antara emoji dan gambar unit aircond.
RM 0
bukti bila pelanggan tak nak bayar
Tiada rekod kelulusan bertulis bermakna tiada pertahanan bila timbul pertikaian harga.
3 versi
invois berlainan dalam Excel
Copy-paste harga dari sebut harga ke invois — sampai nombor tak padan dan pelanggan komplen.
Cara ia berfungsi
Satu trail berkunci. Tiada langkah boleh diponteng.
Setiap dokumen terikat kepada yang sebelumnya. Tiada invois tanpa kelulusan. Tiada resit tanpa bukti bayaran. Ini melindungi kontraktor semasa pertikaian, dan melindungi pelanggan daripada caj mengejut.
01
Job Dicipta
Log pelanggan, tapak & skop kerja.
02
Sebut Harga
Dari katalog produk atau job preset — auto-nombor.
03
Kelulusan Pelanggan
Lulus via pautan awam, tiada log masuk.
04
Work Order
Auto-jana selepas lulus, kekalkan harga & skop.
05
Kerja Bermula
Status job dikemaskini secara langsung.
06
Completion Report
Gambar & catatan di tapak, guna telefon.
07
Variation Order
Kerja tambahan dibilkan berasingan — pilihan.
08
Deduction
Potongan telus sebelum invois — pilihan.
09
Invois
Auto-jana dari sebut harga + VO + potongan.
10
Bukti Bayaran
Pelanggan muat naik bukti via pautan awam.
11
Resit
Dikeluarkan bila bayaran disahkan — trail selesai.
← geser untuk lihat trail penuh →
Apa yang anda dapat
Bukan CRM generik. Alat kerja sebenar kontraktor.
Kongsi 1-tap ke WhatsApp
Setiap dokumen jadi PDF kemas siap kongsi — dengan mesej WhatsApp pra-tulis dan pautan pendek /r/:code.
Tindakan pelanggan tanpa akaun
Kelulusan sebut harga dan muat naik bukti bayaran guna pautan token — pelanggan tak perlu install apa-apa.
Job Preset & katalog produk
Simpan jenis kerja berulang (cth: servis aircond 1.5HP) supaya sebut harga siap dalam saat.
Variation Order & Deduction
Kerja tambahan dan potongan direkod berasingan — sebut harga asal kekal tak berubah.
SST & LHDN sedia ada
Status SST syarikat, nombor SST, dan penomboran dokumen dibina untuk keperluan cukai tempatan.
Passkey & RLS multi-tenant
Log masuk biometrik (WebAuthn) dan Row Level Security di PostgreSQL — data setiap kontraktor diasingkan di lapisan pangkalan data.
Laporan operasi & hasil
Nilai kesihatan perniagaan across jobs, invois dan status bayaran — dibina untuk founder, bukan jabatan kewangan.
Sokongan & FAQ dalam app
Raise tiket, dapat notifikasi emel bila balasan tiba, atau cari jawapan sendiri di FAQ.
Dibina untuk trade-trade ini
“WorkTrace bukan cuba jadi Salesforce untuk kontraktor kecil. Ia dibina bermula dari satu masalah: bila sebut harga hidup dalam WhatsApp, tiada siapa boleh buktikan apa yang dipersetujui. Jadi kami kunci setiap dokumen kepada yang sebelumnya — dan buat ia mudah cukup untuk dihantar dari telefon, di tapak kerja.”
— Pasukan WorkTrace
Harga
Mula percuma. Naik taraf bila anda dah rasa nilainya.
Harga ditarik terus dari pangkalan data WorkTrace — bukan hardcoded. Apa yang anda nampak di sini sama dengan apa yang tertera dalam app.
Free
Cuba dulu, rasa dulu
- ✓Kongsi PDF via WhatsApp
- ✓Logo syarikat di PDF
- ✓Kaedah bayaran (bank + QR)
- —Kerja aktif tanpa had
- —Pelanggan tanpa had
- —Sistem referral
Pro
Untuk kontraktor yang serius
Dibilkan RM 374.40/tahun
- ✓Kerja aktif tanpa had
- ✓Pelanggan tanpa had
- ✓Logo syarikat di PDF
- ✓Kaedah bayaran (bank + QR)
- ✓Sistem referral
- ✓Sokongan prioriti
- ✓Kongsi PDF via WhatsApp
Team
Untuk pasukan kecil 2-10 orang
Dibilkan RM 950.40/tahun
- ✓Semua ciri Pro
- ✓Multi-user access (5 seat)
- ✓Tugasan kerja kepada pekerja
- ✓Laporan prestasi pasukan
- ✓Kawalan akses & kebenaran
- ✓Tambah seat — RM15/pengguna
Tiada risiko untuk cuba.
Plan Free kekal percuma selama-lamanya untuk 3 kerja aktif dan 2 pelanggan — cukup untuk anda rasa sendiri trail dari sebut harga sampai resit. Naik taraf hanya bila anda dah nampak nilainya. Boleh batal bila-bila masa, dan permintaan bayaran balik dilayan mengikut dasar bayaran balik kami.
Soalan Lazim
Sebelum anda tanya, kami dah jawab.
Tidak. Kelulusan sebut harga dan muat naik bukti bayaran guna pautan token peribadi — pelanggan buka terus dari WhatsApp, tiada log masuk diperlukan.
Hentikan mengejar pelanggan dalam WhatsApp.
Sediakan syarikat anda dalam WorkTrace dalam masa kurang 5 minit. Job pertama, sebut harga pertama — percuma.